Mof.

🔴 KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MEROMPAK TABUNG HAJI
(By: Ariff Ahmad)

❎ Pada 9hb February 2019, portal AIRTIMES telah melaporkan bahawa

🔶 Sekretariat Gerakan NGO NGO Bergabung Malaysia (GERAM) MENDEDAHKAN LANGKAH Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) MENGAMBIL ALIH ASET-ASET Lembaga Tabung Haji ADALAH TIDAK ADIL.

🔶 Tindakan Lim Guan Eng mengambil alih aset Tabung Haji BERNILAI RM 19.9 bilion ATAS ALASAN KERUGIAN SEBANYAK RM 4 bilion yang dialami oleh institusi itu ADALAH SATU ROMPAKAN

🔶 Merujuk kepada ISU TANAH TRX yang DIBELI oleh SPV MOF pada HARGA RM 118 juta seekar ADALAH HARGA YANG JAUH LEBIH RENDAH DARI HARGA SEMASA HARTANAH di kawasan tersebut

🔶 Beliau turut MENYUARAKAN KEBIMBANGAN LAMGKAH SEBEGINI AKAN MEMUDAHKAN pihak tertentu untuk CUBA MENGAUT KEUNTUNGAN dengan MEMBELI ASET DAN EKUITI PADA HARGA YANG JAUH LEBIH RENDAH

👁‍🗨 Adalah di fahamkan bahawa HARGA SEMASA TANAH TRX MILIK Tabung Haji adalah BERNILA RM209 juta

📋 Ini bermakna, SESIAPA YANG MEMBELI tanah tersebut daripada SPV MoF AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN ATAS ANGIN SEBANYAK RM91 juta

🔶 PWC menipu atau Jabatan Audit Negara menipu? Setahu saya belum pernah Jabatan Audit Negara menipu

🔶 Selain daripada itu, Zol turut MEMPERSOALKAN KREDIBILITI firma audit PWC yang DILAPORKAN MEMPUNYAI 10 KES PENIPUAN DI PERINGKAT GLOBAL termasuk LANGKAH KERAJAAN INDIA untuk MENGHARAMKAN PWC di negara itu. Malah, menurut Zul, PENEMUAN PWC adalah BERCANGGAH DENGAN LAPORAN Jabatan Audit Negara.

👁‍🗨 Sebenarnya Firma Audit Price Waterhouse Cooper YANG DILANTIK oleh Menteri Kewangan Guan Eng adalah SEBUAH FIRMA AUDIT YANG SEDANG MENGHADAPI TINDAKAN MAHKAMAH DI AMERIKA SYARIKAT ATAS DAKWAAN TELAH MENYEDIAKAN LAPORAN AUDIT PALSU sehingga MENYEBABKAN DUA FIRMA (Taylor Bean & Whitaker serta Bank Kolonial) MENJADI BANKRAP

*⃣ Pada 5hb April 2018, portal MARKET WATCH melaporkan bahawa

💢 Anggaran ganti rugi keatas Price Waterhouse Cooper berdasarkan keputusan hakim, pada setiap kes yang difailkan di mahkamah, adalah berjumlah $306 juta yang merupakan penghakiman terakhir atau keputusan juri yang terbesar, yang di anugerahkan kepada Federal Deposit Insurance Corp berkaitan penyelewengan dan malpraktik perakaunan yang dilakukan oleh Price Waterhouse Cooper

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: PwC faces largest ever auditor malpractice damages verdict – MarketWatch

https://www.marketwatch.com/story/pwc-faces-largest-ever-auditor-malpractice-damages-verdict-2018-04-05

👁‍🗨 Selain MENGHADAPI TINDAKAN Mahkamah di Amerika Syarikat, Firma Audit Price Waterhouse Cooper juga

*⃣ Pada 12hb Januari 2018, portal BBC (British Broadcasting Corporation) melaporkan bahawa

💢 Firma Price Waterhouse Cooper di India telah diharamkan daripada mengaudit syarikat-syarikat yang tersenarai selama dua tahun, yang melibat lebih daripada satu skandal korporat terbesar di negara ini.

💢 Price Waterhouse Cooper adalah JURUAUDIT untuk syarikat komputer Satyam setelah pemilik syarikat Ramalinga Raju mengakui memalsukan akaun untuk meningkatkan pendapatan.

💢 Pengharaman beroperasi oleh Pengawal Selia Pasaran India, Lembaga Sekuriti dan Bursa (Sebi) akan berkuatkuasa mulai 31 Mac 2018.

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Accountancy firm Price Waterhouse banned from India – BBC News

http://www.bbc.com/news/world-asia-india-42662259

💢 STRATEGI Lim Guan Eng, BNM dan Kerajaan Kerajaan Pakatan SELEPAS MENGAMBIL ALIH Tabung Haji ialah MENJUAL ASET-ASET TABUNG HAJI. Ia MENJADI LEBIH LAJU apabila Lim Guan Eng MELANTIK Price Waterhouse Cooper SEBUAH SYARIKAT AUDIT MILIK YAHUDI bercawangan di Malaysia MEMBUAT LAPORAN AUDIT PALSU UNTUK MENJAHANAMKAN Tabung Haji

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji

http://sabahkini2.com/en/news/1525/kabinet-ph-sahkan-bnm-lim-guan-eng-menyelia-dan-menjual-aset-tabung-haji/view

👁‍🗨 Jadi MEMANG SAH TERDAPAT UNSUR-UNSUR MALA FIDE (BERNIAT JAHAT) apabila Guan Eng, BNM dan Kerajaan Pakatan Harapan MENUKAR Firma Juruaudit Luar (External Auditors) Tabung Haji dari Firma Earnest Young kepada Price Waterhouse Cooper

⏩⏩ AIRTIMES ⏪⏪

⏺ Kementerian Kewangan Malaysia rompak Tabung Haji – Sekretariat GERAM – Air Times News Network

AIRTIMES
(SHARED by: Ariff Ahmad)

9hb February 2019

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Sekretariat Gerakan NGO NGO Bergabung Malaysia (GERAM) mendedahkan langkah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengambil alih aset-aset Lembaga Tabung Haji adalah tidak adil.

Mohd Zolkefli Hasan berkata, tindakan Lim Guan Eng mengambil alih aset Tabung Haji bernilai RM 19.9 bilion atas alasan kerugian sebanyak RM 4 bilion yang dialami oleh institusi itu adalah satu rompakan.

“Pada saya ini satu rompakan yang berlaku ke atas Tabung Haji yang merupakan tabung umat Islam yang telah disimpan sekian lama,

“Maka adalah tidak adil jika dia ambil begitu sahaja,” kata Zol.

Beliau turut mempersoalkan pelan pemulihan Tabung Haji dengan cara menjual aset-aset dan ekuiti di bawah Tabung Haji.

Ada pihak cuba kaut keuntungan

“Kalau penjualan aset adalah cara pemulihan Tabung Haji, baik Tabung Haji jual sendiri aset-aset tersebut,” tegas Zul dalam satu sidang media khas yang diadakan semalam.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan langkah sebegini akan memudahkan pihak tertentu untuk cuba mengaut keuntungan dengan membeli aset dan ekuiti pada harga yang jauh lebih rendah.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan langkah MOF yang dilihat melanggar kriteria-kriteria aset yang untuk dipindahkan ke SPV. Kriteria yang dimaksudkan adalah pelaburan dalam ekuiti memiliki rosot nilai melebihi 20 peratus dan aset hartanah serta tanah yang mempunyai hasil kurang 2.5 peratus.

Zol mengambil isu tanah TRX yang dibeli oleh SPV MOF pada harga RM 118 juta seekar. Beliau menyatakan bahawa harga tersebut adalah harga yang jauh lebih rendah dari harga semasa hartanah di kawasan tersebut.

Pengarah Tabung Haji sebelum ini tidak mahu menjual tanah ini kerana mereka ingin melakukan pembangunan yang bernilai RM 1 bilion.

“Tiba-tiba MOF datang dan batalkan rancangan tersebut. Maknanya orang Melayu nak bangunkan tanah sendiri di tengah bandar telah dinafikan oleh MOF. Tak lama lagi tanah ini akan jatuh ke tangan kroni-kroni mereka dengan membeli harga yang lebih murah,

“Syarikat yang menguntungkan seperti Malakoff dan Pintara Jaya pun diambil alih. Syarikat-syarikat ini mempunyai projek besar dan tidak pernah rugi,” tegas Zol.

PwC menipu atau Jabatan Audit Negara menipu?

Selain daripada itu, Zol turut mempersoalkan kredibiliti firma audit PwC yang dilaporkan mempunyai 10 kes penipuan di peringkat global termasuk langkah kerajaan India untuk mengharamkan PWC di negara itu. Malah, menurut Zul, penemuan PwC adalah bercanggah dengan laporan Jabatan Audit Negara.

“Jabatan Audit Negara atau PwC yang menipu? Setahu saya belum pernah Jabatan Audit Negara menipu,” soal Zol.

Beliau cadangan penubuhan PAC untuk Tabung Haji sebagaimana dilakukan oleh kerajaan dalam 1MDB.

Kerajaan perlu berhati-hati dalam mengendalikan isu Tabung Haji

Sementara itu, Dato’ Kamaruddin Ahmad meminta kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula dan berhati-hati untuk mengambil tindakan dalam isu Tabung Haji.

“Timbul keraguan kenapa syarikat-syarikat yang menguntungkan seperti Malakoff dan Pintaras Jaya, yang mempunyai projek di ambil alih oleh SPV.

“Kebimbangan ini boleh menjejaskan keyakinan dan kepercayaan pendeposit Tabung Haji,” kata Kamaruddin.

Menurut Zol, dua laporan polis telah dibuat semenjak 1 Januari lalu. Beliau turut menyatakan bahawa satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia pada 21 Januari lalu.

“Isu Tabung Haji menjadi salah satu daripada fokus NGO-NGO kami,” jelas Shahbudin Embun, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu Malaysia.

Pada 1 Februari lalu, Perhimpunan Selamatkan Tabung Haji telah diadakan di perkarangan Bangunan Tabung Haji. Perhimpunan tersebut menyaksikan kehadiran beberapa orang pemimpin NGO-NGO yang menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan MOF untuk mengambil alih aset-aset dan ekuiti Tabung Haji

“Kementerian Kewangan Malaysia rompak Tabung Haji” – Sekretariat GERAM

Posted on: 30th March 2019

Facebook Link:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=843380326022203&id=100010507293309

Tsunami.

Saya telah melihat malaikat.
Tsunami telah mengubah hidup saya.
(Cerita asal oleh Claudia Aziza)

Ini adalah kisah Muhammad Cheng.
Dia menganut Islam pada tahun 2005 selepas peristiwa dahsyat Tsunami yang melanda di bandar kelahirannya Aceh, Indonesia.

Saya adalah seorang berbangsa Cina tulin. Keluarga saya telah tinggal di Aceh selama tiga generasi. Kami ada pedagang. Datuk nenek saya datang ke negara yang mengamalkan Islam ini untuk berniaga. Mereka tinggal di sini kerana mereka dapati persekitarannya sesuai. Pentadbirnya adil, rakyatnya mudah berkawan dan tidak menggangu kehidupan keluarga kami.

Keluarga saya masih mengamalkan budaya asal Cina yang menyembah nenek moyang. Saya juga membuat perkara yang sama. Sebelum saya membuka kedai, saya biasanya membuat penyembahan di kotak ibadat untuk nenek moyang. Dalam sehari saya berulang kali membakar colok untuk mereka.

Kedai saya sangat hampir dengan Masjid Agung, Aceh. Saya boleh mendengar laungan memanggil sembahyang setiap hari tapi tidak pernah timbul dalam ingatan saya untuk memeluk Islam. Tidak pernah, sehinggalah pada pagi hari yang teruk itu.

Saya baru sahaja mula membuka kedai saya pada tanggal 26 Disember 2004. Ia ada sebagaimana pagi yang biasa pada saya. Cuaca yang baik dan tiada yang luar biasa. Sekurang-kurangnya ia kelihatan begitu.

Tapi ada sesuatu yang ganjil. Burung-burung tidak berkicau dan tidak ada kucing yang biasanya menanti di hadapan pintu kedai saya untuk mendapat sisa makanan semalam. Namun saya tidak memberi perhatian sangat kepada keganjilan ini.

Bagaimana pun tiba-tiba terasa gegaran yang kuat dan bunyi yang nyaring. Saya berlari keluar kedai. “Ini sudah pasti gempa bumi”.. saya bercakap sendirian. Orang lain juga keluar dari kedai mereke tapi selepas beberapa minit kami semua masuk semula ke dalam kedai masing-masing.

Namun begitu tidak lama kemudian ramai orang berlari-lari sambil menjerit-jerit, “Air, air laut telah datanggg.. air!” Saya kebingungan. Walau pun saya faham perkataan mereka, saya tidak dapat menangkap maksudnya. Saya meluru keluar kedai. Keadaan orang ramai seperti kena histeria berlari menuju ke Masjid Agung. Mereka menjerit dan melolong.

Kemudian saya melihat air mula mengalir ke kawasan itu. Saya berlari untuk membakar colok untuk mendapat pertolongan dari nenek moyang saya. Banyak air telah melimpahi jalan raya dan menerjah ke arah masjid.

Saya menjadi camas dan takut. Saya berlari ke tingkat atas kedai. Saya melihat limpahan tsunami dari anjung kecil kedai saya. Air telah melimpah dengan banyak. Ianya sangat sukar untuk dipercayai.

Kemudian saya melihat sesuatu yang sangat anih. Kelihatan beberapa orang yang perawakan tinggi berpakaian serba putih. Mereka membuat pergerakan seperti seorang polis mengawal lalu lintas. Mereka berdiri di beberapa tempat di hadapan Masjid Agung. Air mengalir laju tetapi mengikut arah tunjuk mereka. Aliran air menjadi berpecah beberapa meter di hadapan Masjid Agung ke arah kiri dan kanan masjid.

Bagaimana pun air telah melimpah dengan banyak. Tekanan yang hebat dari arah laut menolak air memasuki bandar dan menuju ke arah masjid. Orang-orang yang berpakaian serba putih itu tidak berganjak sebagaimana orang ramai yang lari untuk menyelamatkan diri. Beratus-ratus orang meluru ke arah masjid untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Beberapa orang telah jatuh dan air yang deras itu menghanyutkan mereka. Saya melihat ini dari anjung atas kedai saya. Air menderas dengan banyak tetapi tidak nemasukki dalam masjid. Orang yang telah berada dalam masjid telah terselamat.

Kemudian tiba-tiba sahaja lebih ramai orang berpakian putih wujud dan mereka telah mengangkat masjid. Ya! Mereka mengangkat masjid, keseluruhan masjid terangkat beberapa kaki dari tanah. Air mengalir laju di bawahnya. Saya sangat terperanjat dan kaku. Apakah itu?

Jika sesaorang telah memberitahu saya seperti apa yang saya telah lihat, saya tidak akan mempercayainya. Tidak mungkin! Tapi, saya melihatnya dengan mata saya sendiri. Saya melihat dalam keadaan sangat sedar. “Tuhan telah melindungi masjid”, saya berkali-kali berkata kepada diri saya sendiri.

Beberapa minggu selepas bencana dahsyat Tsunami, saya menguatkan diri saya untuk bercerita kepada jiran kedai saya yang beragama Islam. Dia menasihati saya untuk berjumpa dengan imam Masjid Agung. Saya dengan perasan ragu-ragu berjalan ke arah masjid.

Itu adalah kali pertama dalam hidup saya memasukki laman masjid walau pun saya telah tinggal berhampirannya sepanjang hayat saya. Dari jauh Imam masjid telah mengenali saya dan telah keluar menyambut saya. “Selamat pagi, apa yang boleh saya tolong, pakcik”, dia menegur saya dengan santun

“Saya perlu berbicara dengan awak”, saya balas.

Kami duduk dan saya memberi tahu dia keseluruhan cerita. Dia duduk diam seketika, air mata mengalir perlahan dari matanya. Selepas saya selesai, kami berpelukan. Pelukan yang biasa ketika sesaorang mengalami peristiwa sedih bersama-sama.

Imam itu berkata,

“Pakcik, apa yang pakcik lihat adalah malaikat-malaikat Tuhan yang melaksanakan arahanNya. Tuhan mahukan masjid Dia tidak musnah akibat kejadian Tsunami. Pakcik, mungkin Tuhan mahu tunjukkan sesuatu kepada pakcik untuk membawa pakcik hampir kepada Dia. Sebab Dia menyayangi pakcik. Sebab Dia melihat pakcik seorang yang baik hati. Dia ingin memberi kebahagian di dunia ini dan syurga di akhirat kelak. Tidakkah pakcik ingin memeluk agama Islam?”

Saya terperanjat dengan pertanyaan imam itu. Ia mengelirukan saya. Bagaimana saya seorang Cina memeluk Islam. Sebagai orang Cina kami mempunyai tradisi sendiri, ritual dan kepercayaan. Saya mengucapkan terima kasih kepada imam dan beredar meninggalkan masjid.

Kemudian saya pulang semula ke kedai saya. Saya tidak membuka pintu kedai pada hari itu dan duduk diam-diam di suatu sudut. Saya berkali-kali terbayang di depan mata peristiwa pada hari tersebut semasa tsunami melanda. Orang-orang yang berpakaian putih. Mengarah tuju air yang deras. Mengangkat masjid. Malaikat Tuhan nenjalankan kerjanya. Dan saya telah diberi izin untuk menyaksikannya. Saya tidak membuka kedai selama dua hari. Saya hanya duduk di situ dan memikirkan kejadian tersebut.

Pada hari ketiga sesaorang telah mengetuk pintu kedai. Dia ialah imam masjid yang mahu menziarahi saya. Dia bimbang sebab dia lihat kedai saya tutup sudah tiga hari dan tidak pernah terjadi sebelum ini. “Saya telah memikirkannya imam,” saya bagi tahu imam. “Saya fikir kata-kata awak benar. Tuhan telah bagi saya alamat. Alamat yang cukup besar. Sekarang saya tidak seharusnya menjadi seorang yang bodoh dan melupakan saja alamat itu. Boleh tak imam bagi tahu saya bagaimana saya boleh menjadi seorang Islam.”

“Pakcik, mudah saja”, kata Imam. “Pakcik hanya perlu mengungkapkan perkataan-perkataan ini”. Dan dia tujukkan saya sehelai kertas. Saya menyebut perkataan-perkataan tersebut dan seolah-olah cahaya yang terang memenuhi ruang kedai saya.

Sejak hari itu, imam selalu datang setiap hari mengajar saya tentang Islam. Dia tunjukkan saya bagaimana sembahyang dan bagaimana membaca alQuran. Sejak saya sudah pandai sembahyang saya selalu berjemaah di Masjid Agung. Ini adalah salah satu yang sungguh cantik dalam hidup saya.
Alhamdulilah…

Sumber:
https://aboutislam.net/reading-islam/my-journey-to-islam/i-saw-angels-the-tsunami-changed-my-life/