Mof.

🔴 KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA MEROMPAK TABUNG HAJI
(By: Ariff Ahmad)

❎ Pada 9hb February 2019, portal AIRTIMES telah melaporkan bahawa

🔶 Sekretariat Gerakan NGO NGO Bergabung Malaysia (GERAM) MENDEDAHKAN LANGKAH Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) MENGAMBIL ALIH ASET-ASET Lembaga Tabung Haji ADALAH TIDAK ADIL.

🔶 Tindakan Lim Guan Eng mengambil alih aset Tabung Haji BERNILAI RM 19.9 bilion ATAS ALASAN KERUGIAN SEBANYAK RM 4 bilion yang dialami oleh institusi itu ADALAH SATU ROMPAKAN

🔶 Merujuk kepada ISU TANAH TRX yang DIBELI oleh SPV MOF pada HARGA RM 118 juta seekar ADALAH HARGA YANG JAUH LEBIH RENDAH DARI HARGA SEMASA HARTANAH di kawasan tersebut

🔶 Beliau turut MENYUARAKAN KEBIMBANGAN LAMGKAH SEBEGINI AKAN MEMUDAHKAN pihak tertentu untuk CUBA MENGAUT KEUNTUNGAN dengan MEMBELI ASET DAN EKUITI PADA HARGA YANG JAUH LEBIH RENDAH

👁‍🗨 Adalah di fahamkan bahawa HARGA SEMASA TANAH TRX MILIK Tabung Haji adalah BERNILA RM209 juta

📋 Ini bermakna, SESIAPA YANG MEMBELI tanah tersebut daripada SPV MoF AKAN MENDAPAT KEUNTUNGAN ATAS ANGIN SEBANYAK RM91 juta

🔶 PWC menipu atau Jabatan Audit Negara menipu? Setahu saya belum pernah Jabatan Audit Negara menipu

🔶 Selain daripada itu, Zol turut MEMPERSOALKAN KREDIBILITI firma audit PWC yang DILAPORKAN MEMPUNYAI 10 KES PENIPUAN DI PERINGKAT GLOBAL termasuk LANGKAH KERAJAAN INDIA untuk MENGHARAMKAN PWC di negara itu. Malah, menurut Zul, PENEMUAN PWC adalah BERCANGGAH DENGAN LAPORAN Jabatan Audit Negara.

👁‍🗨 Sebenarnya Firma Audit Price Waterhouse Cooper YANG DILANTIK oleh Menteri Kewangan Guan Eng adalah SEBUAH FIRMA AUDIT YANG SEDANG MENGHADAPI TINDAKAN MAHKAMAH DI AMERIKA SYARIKAT ATAS DAKWAAN TELAH MENYEDIAKAN LAPORAN AUDIT PALSU sehingga MENYEBABKAN DUA FIRMA (Taylor Bean & Whitaker serta Bank Kolonial) MENJADI BANKRAP

*⃣ Pada 5hb April 2018, portal MARKET WATCH melaporkan bahawa

💢 Anggaran ganti rugi keatas Price Waterhouse Cooper berdasarkan keputusan hakim, pada setiap kes yang difailkan di mahkamah, adalah berjumlah $306 juta yang merupakan penghakiman terakhir atau keputusan juri yang terbesar, yang di anugerahkan kepada Federal Deposit Insurance Corp berkaitan penyelewengan dan malpraktik perakaunan yang dilakukan oleh Price Waterhouse Cooper

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: PwC faces largest ever auditor malpractice damages verdict – MarketWatch

https://www.marketwatch.com/story/pwc-faces-largest-ever-auditor-malpractice-damages-verdict-2018-04-05

👁‍🗨 Selain MENGHADAPI TINDAKAN Mahkamah di Amerika Syarikat, Firma Audit Price Waterhouse Cooper juga

*⃣ Pada 12hb Januari 2018, portal BBC (British Broadcasting Corporation) melaporkan bahawa

💢 Firma Price Waterhouse Cooper di India telah diharamkan daripada mengaudit syarikat-syarikat yang tersenarai selama dua tahun, yang melibat lebih daripada satu skandal korporat terbesar di negara ini.

💢 Price Waterhouse Cooper adalah JURUAUDIT untuk syarikat komputer Satyam setelah pemilik syarikat Ramalinga Raju mengakui memalsukan akaun untuk meningkatkan pendapatan.

💢 Pengharaman beroperasi oleh Pengawal Selia Pasaran India, Lembaga Sekuriti dan Bursa (Sebi) akan berkuatkuasa mulai 31 Mac 2018.

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Accountancy firm Price Waterhouse banned from India – BBC News

http://www.bbc.com/news/world-asia-india-42662259

💢 STRATEGI Lim Guan Eng, BNM dan Kerajaan Kerajaan Pakatan SELEPAS MENGAMBIL ALIH Tabung Haji ialah MENJUAL ASET-ASET TABUNG HAJI. Ia MENJADI LEBIH LAJU apabila Lim Guan Eng MELANTIK Price Waterhouse Cooper SEBUAH SYARIKAT AUDIT MILIK YAHUDI bercawangan di Malaysia MEMBUAT LAPORAN AUDIT PALSU UNTUK MENJAHANAMKAN Tabung Haji

⏩ [ARTIKEL BERKAITAN]: Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji

http://sabahkini2.com/en/news/1525/kabinet-ph-sahkan-bnm-lim-guan-eng-menyelia-dan-menjual-aset-tabung-haji/view

👁‍🗨 Jadi MEMANG SAH TERDAPAT UNSUR-UNSUR MALA FIDE (BERNIAT JAHAT) apabila Guan Eng, BNM dan Kerajaan Pakatan Harapan MENUKAR Firma Juruaudit Luar (External Auditors) Tabung Haji dari Firma Earnest Young kepada Price Waterhouse Cooper

⏩⏩ AIRTIMES ⏪⏪

⏺ Kementerian Kewangan Malaysia rompak Tabung Haji – Sekretariat GERAM – Air Times News Network

AIRTIMES
(SHARED by: Ariff Ahmad)

9hb February 2019

KUALA LUMPUR, 9 Feb – Sekretariat Gerakan NGO NGO Bergabung Malaysia (GERAM) mendedahkan langkah Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengambil alih aset-aset Lembaga Tabung Haji adalah tidak adil.

Mohd Zolkefli Hasan berkata, tindakan Lim Guan Eng mengambil alih aset Tabung Haji bernilai RM 19.9 bilion atas alasan kerugian sebanyak RM 4 bilion yang dialami oleh institusi itu adalah satu rompakan.

“Pada saya ini satu rompakan yang berlaku ke atas Tabung Haji yang merupakan tabung umat Islam yang telah disimpan sekian lama,

“Maka adalah tidak adil jika dia ambil begitu sahaja,” kata Zol.

Beliau turut mempersoalkan pelan pemulihan Tabung Haji dengan cara menjual aset-aset dan ekuiti di bawah Tabung Haji.

Ada pihak cuba kaut keuntungan

“Kalau penjualan aset adalah cara pemulihan Tabung Haji, baik Tabung Haji jual sendiri aset-aset tersebut,” tegas Zul dalam satu sidang media khas yang diadakan semalam.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan langkah sebegini akan memudahkan pihak tertentu untuk cuba mengaut keuntungan dengan membeli aset dan ekuiti pada harga yang jauh lebih rendah.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan langkah MOF yang dilihat melanggar kriteria-kriteria aset yang untuk dipindahkan ke SPV. Kriteria yang dimaksudkan adalah pelaburan dalam ekuiti memiliki rosot nilai melebihi 20 peratus dan aset hartanah serta tanah yang mempunyai hasil kurang 2.5 peratus.

Zol mengambil isu tanah TRX yang dibeli oleh SPV MOF pada harga RM 118 juta seekar. Beliau menyatakan bahawa harga tersebut adalah harga yang jauh lebih rendah dari harga semasa hartanah di kawasan tersebut.

Pengarah Tabung Haji sebelum ini tidak mahu menjual tanah ini kerana mereka ingin melakukan pembangunan yang bernilai RM 1 bilion.

“Tiba-tiba MOF datang dan batalkan rancangan tersebut. Maknanya orang Melayu nak bangunkan tanah sendiri di tengah bandar telah dinafikan oleh MOF. Tak lama lagi tanah ini akan jatuh ke tangan kroni-kroni mereka dengan membeli harga yang lebih murah,

“Syarikat yang menguntungkan seperti Malakoff dan Pintara Jaya pun diambil alih. Syarikat-syarikat ini mempunyai projek besar dan tidak pernah rugi,” tegas Zol.

PwC menipu atau Jabatan Audit Negara menipu?

Selain daripada itu, Zol turut mempersoalkan kredibiliti firma audit PwC yang dilaporkan mempunyai 10 kes penipuan di peringkat global termasuk langkah kerajaan India untuk mengharamkan PWC di negara itu. Malah, menurut Zul, penemuan PwC adalah bercanggah dengan laporan Jabatan Audit Negara.

“Jabatan Audit Negara atau PwC yang menipu? Setahu saya belum pernah Jabatan Audit Negara menipu,” soal Zol.

Beliau cadangan penubuhan PAC untuk Tabung Haji sebagaimana dilakukan oleh kerajaan dalam 1MDB.

Kerajaan perlu berhati-hati dalam mengendalikan isu Tabung Haji

Sementara itu, Dato’ Kamaruddin Ahmad meminta kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula dan berhati-hati untuk mengambil tindakan dalam isu Tabung Haji.

“Timbul keraguan kenapa syarikat-syarikat yang menguntungkan seperti Malakoff dan Pintaras Jaya, yang mempunyai projek di ambil alih oleh SPV.

“Kebimbangan ini boleh menjejaskan keyakinan dan kepercayaan pendeposit Tabung Haji,” kata Kamaruddin.

Menurut Zol, dua laporan polis telah dibuat semenjak 1 Januari lalu. Beliau turut menyatakan bahawa satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia pada 21 Januari lalu.

“Isu Tabung Haji menjadi salah satu daripada fokus NGO-NGO kami,” jelas Shahbudin Embun, Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu Malaysia.

Pada 1 Februari lalu, Perhimpunan Selamatkan Tabung Haji telah diadakan di perkarangan Bangunan Tabung Haji. Perhimpunan tersebut menyaksikan kehadiran beberapa orang pemimpin NGO-NGO yang menyuarakan bantahan mereka terhadap tindakan MOF untuk mengambil alih aset-aset dan ekuiti Tabung Haji

“Kementerian Kewangan Malaysia rompak Tabung Haji” – Sekretariat GERAM

Posted on: 30th March 2019

Facebook Link:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=843380326022203&id=100010507293309

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s